Pengenalan

Jabatan penjara malaysia telah melakukan penambahbaikan sistem pengurusan banduan dari sudut pengurusan pembelian barangan oleh keluarga banduan, makanan sampangan untuk dibeli oleh keluarga banduan ini biasanya berlaku semasa perjumpaan, sehubungan itu keluarga banduan akan memesan barangan makanan tambahan untuk banduan semasa perjumpaan diinstitusi penjara dimana banduan tersebut berada, tidak semua banduan dipenjarkan di penjara yang berhampiran dengan keluarga banduan, kebanyakannya tingal jauh daripada indtitusi penjara dimana bukan semua keluarga banduan dapat melalukan lawatan dengan kerap, oleh yang demikian pihak jabatan penjara telah pun berkerjasama dengan sebuah syarikat swasta Gerbang Sejahtera Sdn Bhd bagi membina rangkaian sistem pembelian secara online dimana sekiranya keluarga banduan tersebut tidak dapat melakukan lawatan, keluarga boleh membeli barangan keperluan sampingan untuk banduan melalui Online dimana sistem web online ebelanja ini beroperasi 24jam, kemudahan ini buka sahaja memberi manafaat kepada keluarga banduan yang warganegara malaysia malah sistem pembelian secara online ini juga dapat memberikan perkhidmatan kepada keluarga banduan di luar negara dimana ahli keluarga mereka yang sedang menjalankan hukuman penjara dimalaysia.

Sistem pembelian secara online dilaman web ebelanja.com.my ini dapat memberikan banyak kelebihan kepada keluarga banduan dimana sekiranya keluarga banduan tersebut tidak dapat melawat disebabkan faktur institusi penjara terletak jauh, kekurangan sumber kewangan dan sebagainya maka sistem pembelian secara online ini amatlah berkesan bagi mengeratkan lagi tali silatulrahim diantara keluarga dan banduan.Keluarga boleh memilih barangan keperluan diruangan yang telah disediakan dengan hanya pilih dan klik sahaja dikolum barangan yang dipilih, sistem ini akan memberikan jumlah kos pembelian dan arahan pembayaran yang perlu dilakukan.